Wednesday 28 March 2012

Kawan atau Lawan

Assalamualaikum cutest people ever! :p

Hari ni dah hari khamis. cepat betul masa berlalu. masa tolong la slow sikit sebab kalau masa cepat susah bagi diriku nak menikmati masa yang ade :'( disebabkan masa semua kenangan kenangan dah berlalu tak kira la manis atau tidak yang penting dah jadi dari sebahagian dari hidup kita dah. KAWAN. apa itu kawan? sahabat, teman, BFF dan banyak lagi nama samaran pada kawan. memang kita senang dapat kawan tapi sukar untuk kita dapat kawan yang susah senang dengan kita, yang faham hati kita, yang tak khianat kita, yang tak fitnah kita. sangat susah. hidup yang dalam dunia serba canggih, serba celik ni memang susah nak dapat kawan yang betul betul kawan. setiap orang pun mesti ade kawan yang palingggggggggg kita rapat. YES, memang ade. contoh kawan masa zaman tadika, zaman sekolah, atau maybe masa zaman kita di kolej, zaman jadi student yang tegar. hahaha *aku sangat rindu zaman tu. rugi bagi budak budak sekarang kalau tak belajar betul betul sebab zaman belajar adalah zaman yang paling best sekali. nak dapat kawan senang. dari situ kita kenal erti persahabatan.

tapi bila dah kerja, persahabatan sangat lain. umur pun makin meningkat so automatically cara berkawan tu dah lain. lebih matang dari biasa. aku yang macam budak budak ni tiba tiba akan berubah pemikirannya. hahaha zaman kolej lain sangat. banyak benda yang boleh jadi. dekat situ kita boleh tahu, boleh kenal mana satu kawan mana satu lawan. sedih bila pergi makan sorang sorang, buat kerja sorang sorang, tidur sorang sorang. masa tu dapat belajar banyak sangatttttttttttttttttt pasal kawan ni. walaupun macam tu tapi aku tetap rinduuu. sangat rinduuuuu. bukan aku mintak masa depan aku jadi cmnie. kalau boleh niat hati memang nak sambung belajar lagi tapi sebab kewangan tak mengizinkan aku terpaksa lupakan semua impian aku. Semua.

dalam hidup ini memang akan ada ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kawan. ramaiiiiiiiiiiiiiiiii tak terhingga, samada kenal dalam laman sesawang *hamboiihhh ayat, lelaki atau perempuan, kaya atau sederhana, atau mungkin kenal dari kecikkk lagi, ha! ex BF atau GF pun boleh ape jadi kawan baik kita. dan aku pun ade satu kawan yang sangat faham aku! PUTERI LILIN *eh puteri ke? hahaha setakat ni die faham dan tahu perangai aku macam mana. Alhamdullilah dapat kawan sebegitu. walaupun ada yang kata " eleh takde kawan pun gua boleh hidup la! blah r! " dan berkata sebegini " taknak kawan sudahhh, balik balik kena ludah! " tapi sebenarnya kecil di sudut hati tu akan cakap sebegini " alaaaa jangan la tak kawan aku, sapa nak teman aku nanti " atau " salam salam kita kawan balik tau " 

dalam kehidupan ni mesti kena ada kawan, sebab kawan ni banyak membantu kita jugak. kalau rahsia tak semestinya kita boleh cerita kat family sometimes kawan pun boleh jadi pendengar yang setia, tapi jangan pulak nak ambil kesempatan kang boleh jadi lawan pulak and pergi cerita kat orang lain pulak rahsia tu ye kawan! haha bak kata pepatah 'KAWAN BIAR SERIBU BERCINTA BIAR SATU'


Dedicate to my lovely friends, especially Ayin Zainuddin.



With Love,
Ieqa Ruzhan.

Tuesday 27 March 2012

Wednesday 21 March 2012

Im Waiting.

Assalamualaikum Love,


Fed upppp because i have to keep waiting, bored because i have to keep waiting, enough because i have to keep waiting. why? I can't be patient like others. why? we are trying not to let go, we are trying not to be so negative, we are trying not to be impatient, we are trying to plan everything, do everything together. we just can hope that everything gonna be fine. Just hope. I know u are trying so hard to make me happy. I know u want everything to be perfect, I know that dear and please keep try and try because although im not so tough like u, not so positive like u, not so patient like u but deep down inside i always tell myself to keep waiting and waiting. dont worry my dear. Im waiting :)



May Allah bless us


With Love,
Ieqa Ruzhan 



Wordless Wednesday

Assalamualaikum Wednesday!! Loveeee <3




I Miss You

Yes u, u and u!! :)



With Love,
Ieqa Ruzhan.


Thursday 15 March 2012

Mimpi.

Assalamualaikum Jumaat and lovely people ! :)


hari ni entri nak sedih sikit, okay background music ' Aiman- Cinta Terakhir '. hamekk mood sikit. serius serius. sebenarnye nak buat sedikit luahan perasaan. tentang mimpi dan ade jugak yang berkaitan dengan jodoh. mimpi ni selalunya mainan tidur tapi ade jugak yang percaya mimpi ni satu petunjuk. yup. bagi aku Allah nak tolong kita dengan bagi petunjuk melalui mimpi. contoh yang terjadi pada aku. dulu aku ni tak berhijab. perangai pun SO SO je, semua kehidupan tunggang langgang, ade satu malam tu aku dapat mimpi yang amat menakutkan, bila bangun tido still dapat rasa semua ketakutan tu yang membuatkan aku nekad untuk berhijab selepas tu. bila aku dah berhijrah, hati aku mula tenang. mula rasa diri ni patut di jaga dan mendapat bimbingan.

cakap pasal mimpi. dari tahun lepas selalu jugak mimpi benda bukan bukan. macam ular melingkar, membelit dan banyak sangat ular, merata rata dalam mimpi. takut sangat. betul betul mainan tido. teruk sampai terbawak bawak bila jaga. dapat rasa ade ular di sekeliling. bila bagitau parents aku, diorang kata ade yang nak masuk meminang. alahai percaya ke benda benda cmtu. pastu yang berpuluh puluh kawin tu kena patuk ular dulu ke baru kawen. tak dapat trime. tapi selepas tu dah slow, dah tak mimpi macam tu tiba tiba hari ni malam tadi lepas subuh i think. aku mimpi ular lagi. banyak sangat. bermacam macam jenis ular. nak ular ape semua ade, besar kecik, warna macam macam, tetiba aku dapat rasa ade ular patuk aku dekat bawah kaki, nasib tak sakit dalam mimpi ye semua terjadi. sangat takut. dan aku dapat rasa yang aku terpijak ekor ular warna hitam bercorak kuning. tak pasti ular ape. tapi sangat geliiiiii dan menakutkan. Ya Allah mainan tido.

Ya Allah aku harap sangat tu hanya sekadar mimpi dan takde berkaitan dengan jodoh. sebab hati tak dapat nak terima mana mana sebab di penuhi dengan cinta pertama. Ya Allah jauhkan la dari benda benda buruk ni. seram rasanya. aku hanya berserah pada Mu. benda paling susah nak hadapi bila berkaitan dengan jodoh. bercinta atau berkawan dengan orang lain tapi kawin dengan orang lain. how come? :'( kuasa Allah. semua dekat tangan Allah bukan kita. aku kena menerima dan redha. Ya Allah kuatkan la jodoh kami Ya Allah. sesungguhnya aku insan yang lemah dan tak sanggup kehilangan orang yang aku sayang.




with love,
Ieqa ruzhan.


Tuesday 13 March 2012

Thursday 8 March 2012

bla bla bla ~

Assalamualaikum the comelss readers, viewers in the world ~ !!!

wehhhhhh rasa mcam dah lama tak update blogggg!! dok sibuk sangat dengan hujung minggu yang tak berapa minggu tuu. hahaha minggu lepas sangat best. dapat hang out dengan ayin the puteri lilin tu! (konon je la puteri) hahahaha she's the best, my very close friend. after a long time, finally we can hang out together  aduhhh kena tunggu until the end of the month to meet up again! hahahaha YESS!!! tapi sayang tak tangkap gambo banyak banyak pun.




ek elehhhh satu je pun gambonye. hahahaha takpe takpe next time akan lagi banyak!!! *hambooiihhh excited bebenorr. tapi yang tak boleh blah. kejadian masa dalam komuter. macam H**** je. kteorang start bersiap siap dalam pukul 10.30, yang aku ni tak penah masuk UKM so taktau cmner nak keluar, dengan ape tapi dun weri ade bas bawak kteorang sampai KTM, dari UKM nak ke MID VALLEY then tunggu and tunggu sampai la komuter, masuk masuk komuter tu takdak aircond tapi dok berjalan, takpela kan kalau komuter tu jalan. dah berpeluh sakan dah ni dalam komuter. nak dijadikan cerita komuter tu pun terbehenti dengan sendiri dekat stesen serdang. komuter rosak and kena tunggu lagi komuter komuter lain. datang komuter ganti, ramai yang dok pusu pusu nak masuk habes, dah penuh  komuter lain pulak datang, kira second komuter la pastu kteorang amek la keputusan nak naik. bila dah ramai memang TAK la nak bagi jalan kan. dok tolak tolak laki pompuan tak kira dah. sampai aku sesak dada, nak bernafas pun tak boleh.

tiba tiba ade satu pakcik ni datang belakang aku gedik nak masuk jugak, padahal dah tak muat ni. barneyyynyaaa. sakit hati. boleh pulak dia macam peluk pinggang aku. aku dah start dah tolak badan aku himpit orang depan nasib orang depan aku pompuan. tetiba rasa macam ade benda kat bontot aku. ni yang nak keluarkan kata kata kesat nihh. aku jerit la. rupanya tangan pakcik tu sedappp je dok raba bontot aku. memang dah tersedia setupid di situ. geram nyaaaa panas hati aku. aku pun jerit la. semua orang tengok pandang je tapi die kata die tak buat orang belakang buat. padahal belakang die mamang takde dah la yang boleh masuk. sabo je la. pastu die peluknya pinggang aku dan ada benda lucah yang tak dapat nak nyatakan di sini. ape lagi aku pun jerit sekuat yang mungkin and cakap nak keluar. nasib la pakcik yang jaga komuter tu datang sebab dengar aku jerit kuat, die pun suh orang bagi ruang aku nak keluar. dalam duk suruh bagi ruang pun still degil lagi.

tak sanggup bila jadi macam tu, tak rela. Allah je tau hati aku waktu tu. nak menangis, geram, marah semua ada laaa. naik komuter ni okay je pun tapi bila dah datang time manusia taktau sabar memang akan jadi kejadian tak rela seperti ini. pasni sanggupkan diri jugak la naik kereta. tu pun kalau ada. huhuhuhuhu

selepas kejadian dah sakit teruk, demam, selsema yang tak berhenti, rasa nak sumbat dengan tampon * aippp behave iqa, batuk batuk. trauma sekejap :(

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


muka tak macam orang sakit punnnn. hahahaha poyo bebenor. yang sebenarnya dalam hati nak jerit YESSSSS DAPAT MC!!! setelah sekian lama tak cuti. huahuahuahua

okay la dah tak larat dah. good day people! balik kerja dulu yak pakkkkk :)


with love,
ieqa ruzhan.