Tuesday 14 February 2012

Kencing tikus.




Hari ni  i dapat tahu yang hamster pun kena kencing tikus. hamster tu memang la sejenis tikus tapi tu dikira haiwan peliharaan. takutnyaaaaaa. pastu macam mana? pihak kesihatan kata maklumat tu belum disahkan lagi tapi kalau sah habis laaaa hamster hamster yang kat rumah tu. aduhhh sedihnya. buat masa sekarang elakkan dari pegang atau bermain main dengan hamster ye. kalau nak pegang jugak contoh nak tukar habuk kayu, bagi makan or minum boleh pegang tapi berlapik. kesian dekat hamster tapi kesian lagi manusia. hmm. 

penyakit ni dikenali juga sebagai Leptospirosis. penyakit yang boleh berjangkit dan akan demam selama 7 hari berturut turut dalam erti kata demam tak kebah. demamm ja. sangat takut. kalau air kencing tikus tu terkena luka yang terbuka samada kat tangan atau kaki memang sangat bahaya sebab bakteria akan merebak dengan cepat dan akan sampai ke buah pinggang terussss ke hati automatically akan terhentinya semua sistem sistem dalam badan. sebenarnye semua haiwan yang kita bela atau tak boleh bela pun boleh ada kencing tikus*maksud i mamalia saja, cuma major nye dekat tikus sebab die dah hamek dulu nama tu KENCING TIKUS. so jahat ini tikus. yang hamster hamster sekali terkena. sangat sedih :( ape patut i buat :'(  kalau hamster tu takleh jaga nak buang mana. sedihnyeeeeeeeeeee. tapi takpe tak confirm lagi. kita tunggu berita malam ni ye. sebab nak tahu punya pasal. kena balik awal dan elak dari segala jammed yang ade di damansara!! hahaha *maaf sekali lagi.


ada juga cara pencegahan untuk siapa siapa yang kaki daki dan pengembara. Doxycycline sejenis antibiotik ye kawan kawan tapi boleh bertahan untuk beberapa bulan sahaja.  terlalu banyak penyakit yang kita pun tak dapat nak cari cure nye. hanya berdoa pada Allah supaya panjangkan umur kita dan elak dari ade penyakit yang berbahaya. begitu jugak dengan i yang suka makan kfc pastu mcd balik balik benda yang sama sebab dekat ou susah nak cari tempat makan *maafkan saya termasuk topik yang lain pulak. huhuhu papepun kena jaga kesihatan kawan kawan semuaaaaaaa, kadang kadang penyakit yang kita ada boleh hapuskan dosa dosa kecil tapi kadang kadang ia menyeksakan badan kita. "HIDUP SIHAT JIWA SELAMAT JIWA TAK KACAU". hahahaha *pesanan dari ieqa ruzhan.


*dulu cita cita nak jadi veterinar la, nurse la. sekarang tak kesampaian so terpaksa la jadi doktor di sini. hahahaha have a good day peeps!!!! <3


ieqa ruzhan.

No comments:

Post a Comment