Wednesday 28 March 2012

Kawan atau Lawan

Assalamualaikum cutest people ever! :p

Hari ni dah hari khamis. cepat betul masa berlalu. masa tolong la slow sikit sebab kalau masa cepat susah bagi diriku nak menikmati masa yang ade :'( disebabkan masa semua kenangan kenangan dah berlalu tak kira la manis atau tidak yang penting dah jadi dari sebahagian dari hidup kita dah. KAWAN. apa itu kawan? sahabat, teman, BFF dan banyak lagi nama samaran pada kawan. memang kita senang dapat kawan tapi sukar untuk kita dapat kawan yang susah senang dengan kita, yang faham hati kita, yang tak khianat kita, yang tak fitnah kita. sangat susah. hidup yang dalam dunia serba canggih, serba celik ni memang susah nak dapat kawan yang betul betul kawan. setiap orang pun mesti ade kawan yang palingggggggggg kita rapat. YES, memang ade. contoh kawan masa zaman tadika, zaman sekolah, atau maybe masa zaman kita di kolej, zaman jadi student yang tegar. hahaha *aku sangat rindu zaman tu. rugi bagi budak budak sekarang kalau tak belajar betul betul sebab zaman belajar adalah zaman yang paling best sekali. nak dapat kawan senang. dari situ kita kenal erti persahabatan.

tapi bila dah kerja, persahabatan sangat lain. umur pun makin meningkat so automatically cara berkawan tu dah lain. lebih matang dari biasa. aku yang macam budak budak ni tiba tiba akan berubah pemikirannya. hahaha zaman kolej lain sangat. banyak benda yang boleh jadi. dekat situ kita boleh tahu, boleh kenal mana satu kawan mana satu lawan. sedih bila pergi makan sorang sorang, buat kerja sorang sorang, tidur sorang sorang. masa tu dapat belajar banyak sangatttttttttttttttttt pasal kawan ni. walaupun macam tu tapi aku tetap rinduuu. sangat rinduuuuu. bukan aku mintak masa depan aku jadi cmnie. kalau boleh niat hati memang nak sambung belajar lagi tapi sebab kewangan tak mengizinkan aku terpaksa lupakan semua impian aku. Semua.

dalam hidup ini memang akan ada ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kawan. ramaiiiiiiiiiiiiiiiii tak terhingga, samada kenal dalam laman sesawang *hamboiihhh ayat, lelaki atau perempuan, kaya atau sederhana, atau mungkin kenal dari kecikkk lagi, ha! ex BF atau GF pun boleh ape jadi kawan baik kita. dan aku pun ade satu kawan yang sangat faham aku! PUTERI LILIN *eh puteri ke? hahaha setakat ni die faham dan tahu perangai aku macam mana. Alhamdullilah dapat kawan sebegitu. walaupun ada yang kata " eleh takde kawan pun gua boleh hidup la! blah r! " dan berkata sebegini " taknak kawan sudahhh, balik balik kena ludah! " tapi sebenarnya kecil di sudut hati tu akan cakap sebegini " alaaaa jangan la tak kawan aku, sapa nak teman aku nanti " atau " salam salam kita kawan balik tau " 

dalam kehidupan ni mesti kena ada kawan, sebab kawan ni banyak membantu kita jugak. kalau rahsia tak semestinya kita boleh cerita kat family sometimes kawan pun boleh jadi pendengar yang setia, tapi jangan pulak nak ambil kesempatan kang boleh jadi lawan pulak and pergi cerita kat orang lain pulak rahsia tu ye kawan! haha bak kata pepatah 'KAWAN BIAR SERIBU BERCINTA BIAR SATU'


Dedicate to my lovely friends, especially Ayin Zainuddin.



With Love,
Ieqa Ruzhan.

No comments:

Post a Comment